Wednesday, February 3, 2010

jALaN mENujU ALLah


Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepada Nya
MengasihiNya sepenuh jiwa dan raga
MenncintaiNya sekuat hati..

Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan air mata
Akibat rindunya aku kepada
Penciptaku..
Akibat malunya aku kerana sering
Berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana
Sering menipu
Kecintaan ku kepadaNya…

Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhan ku di sebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabNya
Tetapi tenang semula
Bila diceritakan kasih sayangNya
Yang Maha Luas..

Aku impikan diriku
Yang setiap detik mengingatiNya
Akan ni’matnya yang tidak terhingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakkal kepadaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang
Terbaik buatku
Maha suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan
Kepada makhlukNya…

tiNta bUAT bAKaL sUAmiKU...

'TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU'


Angin yang membuai malam ini, cukup membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan rasa hati buat dirimu yang tidak pernah ku kenali. Diri ini sebenarnya tidak pernah berniat untuk diperkenalkan kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan diri ini tersedar dari lena yang panjang. Diri ini telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.

Sepanjang umur ku ini. ku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi mu. saya menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah diri ini sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan dengan bukan mahram ku. Diri ini lebih senang bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.

Daku juga sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah kerana ingin bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik diri ini berjaga-jaga kerana terlalu banyak contoh di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Diri ini sedaya upaya sebolehnya melarikan pandangan daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang lelaki dan tidak dipandang lelaki."

Semahunya diri ini tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki lain. Biarlah diri ini hanya cantik di mata mu. Apa guna diri ini menjadi idaman ramai lelaki sedangkan diri ini hanya boleh menjadi milik mu seorang. Diri ini tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki, bahkan berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah diri ini boneka mainan yang boleh dimiliki sesuka hati.

Diri ini juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?

Kalau diri ini tidak ingin dikau memandang wanita lain. Diri ini terlebih dahulu yang perlu menundukkan pandangan. Diri ini juga harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau diri ini ingin lelaki yang baik menjadi suami. Diri ini juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, diri ini juga memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah daku mengingatkan diri ku bahawa daku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki meluahkan rasa hatinya kepadaku…kekeliruan mula membelenggu hati..adakah dia orang yang selama ini ku nanti-nantikan, disaat hati ini memerlukan bimbingan tiada siapa yang sudi membantu. Hanya kepada Dialah ku luahkan segala isi hati, segala kekusutan yang membelenggu hati, puas sudah ku menangis dan mengadu, namun belum ku temui jawapannya, mungkin Allah ingin menguji lagi hati ini

Diri ini tertanya-tanya, adakah daku berada di tebing kebinasaan. Diri ini beristighfar memohon keampunanNya. Diri ini juga berdoa', agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. KehadiranNya membuatkan daku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.

Sesungguhya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi…pertolongan yang ku rasakan dariNya membuatkan aku jitu mengatakan, lelaki yang melamar ku itu bukanlah diri mu. Malah saya yakin pada gerak hati ini, gerak hati ini kuat mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Diri ini bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan daku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Namun, diri ini juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di hati ini, jua di hati mu kelak kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'.

Diri ini takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak, juga kepada bakal zuriat yang akan kita lahirkan nanti. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Diri ini akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.

Bahkan diri ini amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Diri ini pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Diri ini juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Diri ini tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itulah suatu yang lebih bermakna bagi ku.

biLA kU jATuh cINta


...Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......Amin.....


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat
pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah
berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah
ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.... Ameen Ya Robb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKU CINTA
AKAN DIRIMU..AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAIN
MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU
TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI
MU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..TETAPI..PUJI DALAM
HAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA
UNTUK MU..YA RABB" "