Wednesday, July 22, 2009

DIMANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA

Allah s.w.t menciptakan Kaum Hawa dengan seribu satu keindahan
.Malah,untuk melengkapkan lagi keindahan itu,dikurniakan pula kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terhingga samaada dari segi dalaman mahupun luaran.Secara disedari atau tidak,keistimewaan itulah seringkali kita eksploitasikan samaada untuk kepentingan diri sendiri atau orang lain.

Kecantikan dan kelembutan adalah salah satu cabang daripada keistimewaan itu.Menilik diri sendiri dihadapan cermin,kita sringkali tertanya-tanya,dimanakah terletaknya kecantikan sebenar seorang wanita pada diri kita?Mungkinkah pada sepasang mata hening beralis lentik yang selalu menjeling tajam atau kadang kala malu memberikan kerlingan manja?Atau boleh jadi pada seulas bibir yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman semanis madu?Atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembut sekaligus menghangatkan perasaan?

Sebenarnya,sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan.Kitalah perempuan itu.Panjatkanlah kesyukuran ke hadarat Allah swt kerna menjadikan kita permpuan dan memberikan kita segala kendahan-keindahan itu.

Namun begitu,kecantikan bukanlah segala-sgalanya bagi seorang wanita.Walau secantik manapun seorang wanita itu,ia masih belum dapat dijadikan ukuran kepada kkesempurnaannya.Kecantikan luaran walau serapi manapun dijaga,ia tetap akan pergi.Wajah yang sering ditatap dihadapan cermin,dibelai saban waktu tetap akan berkedut apabila tiba waktunya.Kecantikan luaran bersifat sementara,ia tidak kekal.

Dan sesuatu yang tidak kekal tetap akan dimamah usia bila-bila masa sahaja.Justeru,dimanakah kecantikan sebenar sorang wanita?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”

Rasulullah tidak menyebut perkataan wanita cantik,wanita cerdik atau perkataan wanita sahaja sebagai perhiasan yang terindah.Ini bermakna ada nilai lain yang lebih utama pada diri seorang wanita itu selain daripada kecantikan,kecerdikan dan kehebatannya.Nilai yang teristimewa itu tidak lain adalah kesolehan wanita itu sendiri.

Bagi seorang lelaki yang bijak dan soleh,mencari wanita solehah sememangnya suatu perkara yang sukar,lebih sukar daripada mencari intan berlian.Nilai hati seorang wanita solehah adalah amat tinggi.Wanita solehah adalah wanita yang selamat hatinya,yang dapat menyelamatkannya didunia dan akhirat.

KESOLEHAN YANG DISULAMI DENGAN SIFAT KEWANITAAN YANG DIPUPUK DENGAN IMAN DAN IBADAH ITULAH KECANTIKAN SEBENAR BAGI SEORANG WANITA.Mempunyai nilai yang terlalu tinggi dan tetap tidak akan dimamah usia.

Wahai muslimah solehah,anak-anak gadisku,jadikanlah dirimu laksana bunga pujaan ditaman asalmu.Jangan sampai ada yang mendengar darimu selain kata-kata yang baik dan jangan sampai melihat kecuali perbuatan yang terpuji ,baik didalam rumah mahupun dikalangan masyarakat.Semua itu pasti terwujud setelah imanmu kukuh dan kau memahami dengan sebenar-benarnya.Akhlak yang baik,kata-kata yang lemah lembut dan penampilan yang anggun,semua itu akan menolongmu memasuki kalbu mereka yang melihatmu dan mendengar kata-katmu.Itulah yang diseru oleh agama kita yang benar dan agung.

“MANUSIA HAWA DIJADIKAN DARI RUSUK MANUSIA ADAM,
BUKAN DARI KEPALANYA UNTUK DIJUNJUNG,
BUKAN JUA DARI KAKINY UNTUK DIALASI,
MELAINKAN DARI SISINYA UNTUK DIJADIKAN TEMAN HIDUPNYA
DEKAT DENGAN LENGANNYA UNTUK DILINDUNGI
DAN DEKAT DIHATINYA UNTUK DICINTAI.........”