Friday, March 12, 2010

tazkirah..apa itu ikhlas???

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu.” Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya.” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.” Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot,” Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Sumber: Majalah solusi isu 10

Tuesday, February 23, 2010

aNAk LeMBu bERkEPaLA dUA



ANAK lembu berkepala dua mati sebaik sahaja dilahirkan di Kampung Lobong, Nambayan, Sabah, semalam.
KESUKARAN seekor lembu melahirkan anak di Kampung Lobong, Nambayan, Keningau, Sabah, semalam akhirnya terjawab apabila anak yang dilahirkan didapati berkepala dua. Menurut penduduk kampung yang dikenali sebagai John, lembu tersebut dilihat terbaring di tepi jalan pada pukul 7.30 pagi dalam keadaan lemah dan kaki anaknya terjulur keluar.

"Demi untuk menyelamatkan lembu betina itu penduduk kampung cuba menarik lembu berkenaan tetapi gagal. "Bagaimanapun penduduk akhirnya berjaya mengeluarkan anak lembu berkenaan selepas mengikat kaki dan tanduk lembu betina itu sebelum ditarik menggunakan kereta," katanya. Bagaimanapun, anak lembu itu didapati sudah mati

Sumber: Utusan

dOA


Pernahkah dikau rasa

Bagaikan berputus asa

Fikiran bak gerhana

Menanti terbitnye cahaya


Kepayahan hanya dengan sementara

Berkat doa kan berakhir

Pabila merasa hilang bahagia

Redhakan dirimu menerimanya


Andai kesusahan menjadi ujian

Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan

Pintalah di ketika

Hidup dikelam nestapa


Semoga dikuatkan

Hati dengan kesabaran

Kepayahan hanya dugaan sementara

Berkat doa kan berakhir jua

Pabila merasa hilang bahagia

Redhakan dirimu menerimanya


Andai kesusahan menjadi ujian

Tetapkan imanmu,usah hilang pengharapan

Sesungguhnya setiap manusia

Ada ketikanya resah menempuh usia

Pohonlah semoga kau berbahagia

Berserah kepada Yang Maha Esa


Di kala kesulitan

Tabahkan dirimu kawan

Tadah tapak tanganmu

Disitulah ketenangan

Doalaaaaah



Wednesday, February 10, 2010

dUhAi hAti dAMaiLAh diKaU


Duhai hati..

Damailah dikau…

Janganlah berkeluh kesah atas apa yang berlaku…

Janganlah disesali dengan apa yang sudah terjadi…

Duhai hati…

Damailah dikau…

Ingatkan lah kebesaran dan keEsaan Allah…

Ingatlah yang Dia sentiasa bersama2 dengan orang2 yang menginngatinya…

Duhai hati..

Damailah dikau..

Janganlah timbul rasa benci ini…

Buanglah segala prasangka dan kekecawaan…

Duhai hati…

Damailah dikau..

Kuatkanlah dikau menempuhi segala dugaan dan cubaan ini…

Kuatkanlah dikau agar kau tak mudah tersungkur kelembah yang hitam…

Duhai hati..

Damailah dikau…

Jangan kau bersedih atas ape yang berlaku…

Jangan kau menyerah kalah atas semua ini…

Duhai hati…

Damailah dikau

Ingatlah dikau…dengan mengingati Allah…

Hati-hati akan menjadi tenang…

Saturday, February 6, 2010

sAHaBAt.....



Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

INTIPATI

Mencari sahabat sejati:

  • Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.
  • Mempunyai kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.
  • Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.
  • Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

jEnis aiR mATa....

Jenis-jenis Air Mata
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
01) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
02) Menangis kerana rasa takut.
03) Menangis kerana cinta.
04) Menangis kerana gembira.
05) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
06) Menangis kerana terlalu sedih.
07) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
08) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
09) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ?
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah dia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!.”
Air mata yang tiada di tuntut:
* Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
* Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
* Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
* Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
* Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
* Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda:
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat ialah seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi r.a:
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
01) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
02) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
03) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara:
01) Apabila dahi nya berpeluh.
02) Airmatanya berlinang.
03) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(Riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.”